Iklim lautan
Iklim lautan

Iklim lautan

Iklim lautan (juga dikenali sebagai iklim pantai barat marin, iklim maritim, iklim Cascadia dan iklim British untuk Cfb, dan tanah tinggi subtropika untuk Cwb) ialah sejenis iklim yang biasanya ditemui di sepanjang pantai barat di kawasan latitud tengah di beberapa benua di dunia, dan juga di kawasan tenggara Australia. Iklim berhampiran lautan mengalami musim panas yang sederhana dingin dan musim sejuk yang agak hangat berbanding musim sejuk dalam iklim lain, kerana pada amnya iklim ini bercirikan julat suhu tahunan yang lebih rapat berbanding tempat lain yang terletak sekitar garis lintang yang sama, serta tidak mengalami musim panas yang teramat kering seperti dalam iklim Mediterranean.[1]Iklim yang serupa dari segi julat suhunya, juga ditemui di tanah tinggi tropika walaupun terletak berjauhan dari mana-mana garis pinggir laut. Lazimnya, iklim sebegini tergoling dalam pengelasan iklim Köppen Cfb atau Cwb. Julat suhu yang sebegitu kecil tidak berpunca daripada jaraknya dari pinggir laut, sebaliknya terhasil dari julat terma suhu yang juga kecil antara musim-musim yang mencirikan tanah pamah tropika; altitudnya cukup tinggi sehingga boleh jatuh di bawah paras 18 °C dan tidak wajar digolongkan dalam iklim tropika sebenar. Berbeza dengan iklim lautan sebenar pula, iklim tropika tanah tinggi lembap ini mengalami kemarau yang ketara pada musim sejuk, misalnya di Bandaraya Mexico. Potensi pertanian di kedua-dua iklim lautan dan iklim tanah tinggi tropika lembap agak seiras. iklim-iklim ini paling dominan di Eropah, di mana taburannya semakin ke pedalaman berbanding benua-benua lain.

Rujukan

WikiPedia: Iklim lautan http://www.bom.gov.au/climate/averages/tables/cw_0... http://www.climate-charts.com/Locations/t/TU17040.... http://www.weather.com/outlook/travel/businesstrav... http://www.weather.com/outlook/travel/businesstrav... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.uwsp.edu/geo/faculty/ritter/geog101/tex... http://www.epic.noaa.gov/epic/ewb/ http://dapper.pmel.noaa.gov/dchart/ http://www.niwascience.co.nz/edu/resources/climate...